Hantar Kakak Ke Asrama!

Alhamdullilah kakak dapat offer utk masuk asrama Sek Men Sains Banting. Tadek rezeki utk duduk interview Sek Seri Puteri Cyberjaya tempoh hari sebab kakak pergi interview utk scholarship KYS. Mama papa kata mungkin dah ditakdirkan kakak sekolah di Banting sahaja.

Tepat jam 9pagi kami sampai di sekolah Banting utk mendaftarkan kakak. Parking agak jauh dari dewan tapi berhadapan dengan asrama. :) Kami disambut baik dari PK guru2 di sekolah dan diteman oleh 2 orang senior sekolah tersebut. 

Pada peringkat pertama, kami perlu mengisi macam2 borang lah. Hehe. Lama juga mama mengisi borang sambil papa skodeng2 area sekolah. Lepas habis isi borang kami beratur utk mendapatkan dorm room kakak bersama2 dgn checking borang2 tadi oleh pihak guru. Alhamdullilah bilik kakak sgt dekat dgn pintu masuk asrama. Mama mmg happy senang nak panggil turun nanti. Hehe.

Ok lepas selesai check borang semua, kami beratur pula utk bayar pelbagai jenis yuran. Yang ni mmg agak terkejut juga pada mulanya. Sebab mama tak sangka bayaran utk asrama agak mahal. Jumlah kami bayar dalam RM1700. Mmg wow. Tapi takpe, utk kakak juga kan.

Dalam jam 10.45am, kami dgr taklimat dari Guru Besar Bonda pula. Mama sgt teruja dgn planning dan juga aktiviti sekolah ini, semoga kakak dapat memanfaatkan lagi. Selepas taklimat, kami terus ke koperasi utk membuat student ID dan juga mengambil kain dan buku2 sekolah kakak. Mmg macam2 benda la kakak dapat masa amik barang kat kooperasi.

Beratur utk mendaftar

Selepas amik barang, usherette membantu kami ke asrama. Mereka tolong bawa barang2 dari kereta ke bilik dorm kakak.  Terus setup kat sana pulak. Sarung bantal, alas katil kakak. Alhamdullilah bilik kakak pun boleh dikatakan agak selesa. Mama mmg suka tgk semua teratur dan kemas. Oh ya kakak dapat masuk Rumah merah, tu sebab semua nya merah.

Kakak sarung bantal yg dibawa dari rumah

Bagus anak mama belajar berdikari
Akhir kata, mama doakan segala urusan kakak disekolah dipermudahkan dan sentiasa dilindungi olehNya. Mama juga harap senior2 dibilik kakak memberi sokongan yg baik pada kakak insyallah.
We love you kakak.
Kami


Comments