Berbuka Puasa Besar Alhamdullilah...

Semalam mama dan papa bawak Farissa berbuka di Hotel (walaupun cik Farissa tak pose).. Untuk kekalkan tradisi (baru start tahun lepas).. min min dan family berbuka sekali bersama kami!! Tp utk kali ini, mencube buffet di Hotel Mariott Putrajaya..
Hidangan kat sini mmg menarik sekalik.. mama sampai tak sempat merasa kuih muih yg disediakan... takpe mane la tau ada kalik kedua dan ketiga.. (ye tak papa??hehe).. Antara hidangan yg masyuk (mama hentam la ni mengikut turutan):
1. Nasi bryani + Pari Bakar + Kambing Bakar
2. Roti canai plus kari kepala ikan pekena ngan teh tarik<-- sedap sgt sampai nak nangis
3. Fettucine Carbonara <-- tak sedap sgt
4. Sushi <-- oklah kot
5. Sambal ikan keli + mix vege + daging cincang masak kicap
6. Ais Kacang <-- papa yang buat sendiri so tak sedap sgt
Itu sahaja yang termampu nak makan.. Farissa pun bukan nak makan tp lebih nak main ngan geng seperjuangan.. Min min.. meh la kite tgk video di bawah ini.. :)

Comments

Nuha Ariana said…
Comelnya budak 2 org ni main baring-baring atas carpet....selamat berpuasa!
Farah I. said…
Selamat berpuasa dear.. lama tak dengar kabo.. sejak u pindah opis.. keep in touch more ofter k... nanti raye datang la umah.. :) nanti auntie kasik nuha duit raye ye.. :)
Iela Fazielah said…
alahai.. sori... bila dah baca blk blog kamu, rupanye anak farah sorang je.. silap pulak... bestnyer mkn kat marriot... bape harganyer ye?? sempat lg ni nak gi mkn kat sane...